
Ramai di antara kita cenderung untuk memilih buah atau sayur yang mempunyai kesan ulat atau serangga. Kononnya ia bebas dari unsur racun perosak. Tapi, petua ini sebenarnya kurang tepat. Ini kerana, penggunaan pelbagai racun pada tempoh yang lama boleh menyebabkan makhluk perosak lali dengan racun tersebut. Untuk langkah lebih bijak, apa kata anda menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di rumah. Jika rumah tiada halaman, tanamlah secara hidroponik. Cara ini dapat memastikan sayur dan buah yang anda tanam bebas dari serangan makhluk perosak. Selain tidak menggunakan racun serangga, khasiatnya juga terjamin kerana dijaga dengan sempurna.
0 Response to "Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang ada kesan ulat/serangga"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.