
Alfalmint Liquid Chlorophyll
Harga : RM70.00
Menggunakan pati alfalfa dari sejenis tumbuhan semulajadi klorofl dan dicampurkan dengan daun pudina untuk menjadikan sejenis makanan kesihatan yang boleh mengekalkan kesihatan badan dan juga banyak menolong dalam pelbagai penyakit.
• Ia mengandungi alfa-karotin, beta-karotin, B-kompleks, Selenium, Kalsium, Klorofil, Koper, Essential Amino Acids, Besi, Magnesium, Phosphorus, Potassium, Protein, Sodium, Sulphur, Zink, Vitamin A,C,D,E dan K.
• Mengandungi Pudina yang merupakan jenis daun wangi yang digunakan turun-temurun dalam masalah penghadaman.
• Diluluskan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Cara Makan :
Untuk Dewasa
• Campurkan 1 sudu besar Alfamint dalam segelas air.
Untuk Kanak-kanak
• Campurkan 1 sudu kecil Alfamint dalam segelas air suam.
*** Minum 3 kali sehari.
*** Harga tidak termasuk kos penghantaran.
Info Sihat Alfalfa & Pudina

Alfalfa ataupun Lucerme adalah antara tumbuhan perubatan yang sangat terkenal di seluruh dunia sebagai bapa kepada semua makanan. Kegunaan tumbuhan ini sudah lama dikenalpasti iaitu sejak zaman kuno lagi. Ketika itu Alfalfa ditanam sebagai makanan kepada binatang ternakan seperti kuda, lembu dan sebagainya.
Alfalfa adalah sejenis tumbuhan kacang yang berakar panjang menyerap banyak zat makanan yang jauh ke dalam tanah. Ia menjadi gudang untuk banyak vitamin yang penting seperti Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niasin (B3), Piridoksin (B6), vitamin A, E dan asid pantotenik. Mineral yang ditemui dalam Alfalfa ialah kalsium, besi, mangan, magnesium, kuprum dan zink.
Menurut Carl F.Rehnborg, tumbuhan terbaik yang boleh membekalkan zat makanan yang di ingini untuk pemakanan tambahan manusia ialah Alfalfa. Menurut kajian beliau, bahagian daun Alfalfa membawa kebaikan yang lebih berbanding dengan bahagian-bahagian lain. Daun Alfalfa akan dikeringkan dan dijadikan tepung untuk menjadikannya sebagai ubat.
Ubat yang diperbuat daripada Alfalfa mampu mengubati penyakit sakit sendi, kepenatan, kelesuan, dan kegemukkan yang berlebihan. Selain ini Alfalfa juga sesuai untuk mengubati pelbagai jenis penyakit yang lain yang bersesuaian dengan kandungan vitamin-vitaminnya.
Khasiat Ekstrak Alfalfa
Kebaikan Alfalfa dalam perspektif kesihatan. Info alfalfa dibawah ialah :
1. “Bapa Segala Makanan”, Alfalfa adalah makanan yang lengkap – makanan tambahan yang ideal untuk kesihatan dan tenaga.
2. Alfalfa mempunyai kandungan klorofil yang tinggi, bertindak sebagai pembersih tubuh yang asli, pelawan infleksi dan alat penyahbau yang asli.
3. Alfalfa adalah julap yang baik dan diuretik yang asli, digunakan untuk merawat infleksi urinari, buah pinggang dan pundi kencing dan kerosakan kelenjar prostat.
4. Alfalfa ialah terapeutik untuk artritis dan pengekalan air. Tabib-tabib Cina di kurun ke-6 menggunakan Alfalfa untuk merawat batu karang dan untuk melegakan pengekalan cecair dan bengkak.
5. Alfalfa adalah juga tonik perangsang untuk ketidakhadaman, kurang darah, kurang selera makan dan pengasimilasi nutrien yang kurang baik.
6. Alfalfa ialah pembuka selera makan yang ulung di mana didapati ia boleh merendahkan paras kolestrol dan memperbaiki kesihatan dan kecergasan.
7. Alfalfa mengalkalikan dan menyahtoksikkan tubuh terutama hati. Menggalakkan fungsi kelenjar pituitari dan mengandungi agen anti-kulat.
8. Alfalfa digunakan untuk merawat sakit kuning dan untuk menggalakkan pembekuan darah.
9. Alfalfa membantu merangsang laktasi untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi.

vitamin : Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niasin (B3), Piridoksin (B6), vitamin A, E dan asid pantotenik.
Mineral : kalsium, besi, mangan, magnesium, kuprum dan zink.

Pudina
Daun Pudina merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak kegunaannya. Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha. Terdapat berbagai jenis pudina di seluh dunia, antaranya:
* mentha spicata "moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot,
* mentha aquatica untuk merawat cirit-birit
* mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.
Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.

keterangan:
Pudina , sejenis tumbuhan yang biasa digunakan dalam masakan melayu dan barat seperti ulaman untuk laksa, bahan pewangi untuk nasi beriani dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana baunya.Ia sejenis tumbuhan kecil(tutup bumi) yang membiak melalui keratan batang dan anak dari akarnya.Tumbuhan ini mempunyai aroma yang kuat. Sekarang pudina banyak ditanam secara kormersial di Malaysia kerana permintaan yang tinggi
kegunaan:
Pudina telah lama digunakan dibarat sebagai penawar untuk penyakit seperti batuk. Ia juga digunakan sebagai teh untuk kegunaan harian. Dalam perubatan cina pudina disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk. Ia biasanya digunakan untuk mengubat penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti demam selesema dan permulaan demam selesema. Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan dan mengubat penyakit seperti ruam kulit . Ia juga digunakan untuk mengurangkan tekanan
Khasiat alfalmint-liquid-chlorophyll :
• Membuang Toksin dalam badan
• Resdung
• Sakit-sakit sendi
• Gouts
• Darah tinggi
• Masalah jerawat
• Kencing manis
• Kencing tidak lawas
• Merendahkan paras gula & kolestrol

(MAL No. 20034357TC)
Harga : RM70.00
*** Harga tidak termasuk kos penghantaran.