
Disyorkan untuk kulit kering atau yang berumur 35 tahun keatas. Berbintik hitam (pigmentasi)
Recommended for dry skin or people above 35 years of age. Excellent for removing pigmentation.
The Original New Zealand Goats' Milk Soap 30g
Harga : RM17.00
The Original New Zealand Goats' Milk Soap 75g
Harga : RM26.00
The Original New Zealand Goats' Milk Soap 125g
Harga : RM38.00
*** Harga tidak termasuk kos penghantaran.
Apa itu pigmentasi kulit?
Baik lelaki mahupun wanita, pastinya tidak terlepas dari mengalami masalah pigmentasi kulit. Pigmentasi kulit ini dapat dikenal pasti sebagai sebarang perubahan yang berlaku kepada kulit, sama ada genjala bintik-bintik hitam, jeragat, mahupun perubahan pada warna kulit. Perubahan yang berlaku ini adalah disebabkan oleh pengeluaran melanin dari tubuh yang berbeza-beza sama ada dibahagikan kepada dua jenis iaitu ‘hyperpigmentation’ dan juga ‘hypopigmentation’.
Hypopigmentation
PENYEBAB : Ia biasanya terjadi disebabkan oleh pengeluaran melanin yang tidak mencukupi dari tubuh.
GEJALA : Pengeluaran melanin yang tidak mencukupi biasanya akan mengakibatkan gejala ‘albanism’ atau albino. Biasanya kekurangan melanin ini akan mengakibatkan gejala kulit yang agak melampau. Kulit akan bertukar menjadi putih dari biasa dan diiringi warna rambut yang putih dan kekuningan. Kulit juga biasanya ditumbuhi bintik-bintik hitam seperti jeragat.
Hyperpigmentation
PENYEBAB : Hyperpigmentation berlaku disebabkan oleh pengeluaran jumlan melanin yang banyak dari tubuh.
GEJALA : Perubahan yang berlaku biasanya kulit akan bertukar menjadi lebih gelap berbanding warna kulit asal. Struktur kulit juga akan menjadi kekeringan yang agak melampau dari biasa.
Penyebab dan simptom
Masalah pigmentasi bukan hanya disebabkan pengeluaran melanin semata-mata. Ia biasanya didorong oleh banyak perkara lain. Antara penyebab luaran yang menyebabkan perubahan pada kulit ini adalah dedahan melampau cahaya matahari, penggunaan dadah berlebihan dan juga kekurangan nutrisi yang diperlukan tubuh. Namun ada juga sesetengah kes disebabkan oleh masalah keturunan seperti masalah albino. Masalah albino biasanya bukan hanya memberi kesan kepada kulit semata-mata tetapi juga keseluruhan anggota tubuh lain seperti rambut, mata dan sebagainya. Bagaimanapun, kulit lebih menunjukkan perubahan yang ketara.
Sumber : RAPI 1 NOV 2005
sy ada masalah jeragat di kulit muka..kalau sy guna sabun ni bleh ke dia hilang semuanya?
saya belum smpi 35..leh guna ke?